Saturday, February 27, 2010

Kemaafan Itu Aku Harapkan darimu.....

Sahabat......

Hanya keampunan dan kemaafan yang diri ini hanya layak untuk ku mohon darimu, aku sedari segalanya bermula dariku yang hanya membuta-tuli membabi-buta dalam perbuatan..

mungkin bagimu aku tidak layak menerima kemaafan darimu...ku akui bahawa kemaafan itu adalah dendam..dendam yang terindah...namun segalanya aku serahkan padamu..

Allah berkata, “.. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur:22)

Allah berkata lagi, “Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran:133-134)

“Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.”

Monday, February 22, 2010

Syair Imam Syafie

KEAIBAN PADA DIRI KITA

Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar
adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah
dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia
mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarka
n
kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..
sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

Bila Seruling Berbunyi

Apabila seruling berbunyi,
ada yang suka mendengar ada yang suka menghayati tak terkecuali juga ada yang tidak suka mendengar. Namun bagi seorang peniup seruling baginya itulah luahan hatinya selain dari mengadu pada Yang Maha Berkuasa, tiupan nafasnya meluahkan segalanya..

Hatiku Sayang


Wahai hati,

Tubuh ini merasa getarannya,

Sakit yang mendakap engkau,

Sedang membarah,

Menular di setiap saraf,

Apa gerangan wahai raja,

Sehingga keadilanmu merintih dizalimi?

Wahai hati,

Cukuplah dalam lamunan itu,

Berhenti dari mimpi,

Kerana angan-angan,

Tidak menjadi tombak yang menusuk iblis,

Bahkan,

Fatamorgana yang mencekikmu mati.

Wahai hati,

Keimanan tidak datang dengan penungguanmu,

Ketakwaan tidak pula berkuasa dengan kepasrahanmu,

Keterbukaanmu kepada kekalahan ini,

Tidak menjemput keazaman.

Wahai hati,

Bangun dan berjalan gagahlah,

Bicarakan kalimat pimpinanmu,

Agar aku bisa menjadi aku,

Yang berjalan di jalan yang benar,

Kerana hanya dengan pimpinanmu yang adil,

Duri yang mencucuk kaki terasa nikmat,

Dada yang ditusuk tombak,

Umpama belaian seorang kekasih,

Hanya jika,

Keadilanmu adalah kerana Allah.


Wassalam.

Thursday, February 18, 2010

Pesanan dan nasihat ringkas ayah

Sesungguhnya takkan berlaku sesuatu apapun kepada manusia melainkan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T supaya menjadi pengajaran dan iktibar untuk menilai ketakwaan kepada Allaah disamping bermuhasabah.
Sesungguhnya juga tidak akan berubah Qadho dan Qadar melainkan dengan doa
dan redho Allah bersama dengan redho dua ibu-bapa.
Kami dikampung sentiasa berdoa akan kesejahteraan,kebahagian, kesihatan kejayaan dan keberkatan hidup diDunia dan diAakhirat kesemua anak-anak kami dimana berada walaupun kami dikesampingkan.
Kasihnya ibu membawa keSyurga kasihnya bapa berkorban nyawa.
Salam dari kami semua.