Sunday, June 13, 2010

Fitrah

Denai beronak
belum lagi ku terokai
kedengaran laungan sabil
sedang diri masih parah .

Jelik
darah nanah dan noda
menjadi santapan
fitrahku
merintih meronta
di suap bara neraka .

Laman putihku
dibayang awan hitam
rona mata silau
relung hatiku sesak
bersobek dan bertelau
mengharap setanggi cendana .

Zulfa Aiman,
Kolam Air Hitam,
1 Mac 2007.

Thursday, June 10, 2010

Usah Sekadar Mimpi

Alunan getar lidahmu
melunakkan halwa
menghibur telinga mendengar
mendorong ,

Kelam jadi terang
liku jadi lurus
hitam jadi putih
hempedu jadi madu.

Usah sekadar mimpi
realiti jangan hanya membuat

Kelam kian mengabut
liku semakin mengeliru
hitam bertambah legam
hempedu berjadam

Selaut kau nyatakan
setitik diterjemah tindakan
selangit kau lafazkan
cuma seawan realiti perilaku.

Tuesday, May 11, 2010

Kaukah Perempuan Itu

Kaukah perempuan itu
hadir lewat zaman
tersenyum bersama zuriat
yang terlalu kau agungkan
usah dituding orang
kala segalanya lenyap
suatu ketika mungkin
kau berdoa
perginya tanpa kembali.

Kaukah perempuan itu
menjaja kekurangan
mendabik kaulah terbaik
konon segala kau sedia
hingga lesap budinya.

Kaukah perempuan itu
menyambut penuh sindiran
kala ghairah malam menggamit
agar terpenuh akad ikatan
memacu bahtera hayat.

Kaukah perempuan itu
hanya tersentak seketika
kini kian alpa
kau sesat dalam maya reka
kaukah perempuan itu.

Zulfa Aiman.

Dikenyit Mata

Berjuta jejaka
meruntun kalbu
dikenyit mata keningmu.

mulus terpancar
isi kalbumu
zahir kejernihan wajah.

Imanmu teguh
dibalik selubung keayuan
malumu hijab
dilitup jubah ketaqwaan.

Seurat rambutmu
menjalar berlingkar
menudung kepalamu
sang ular bisa.

Gebu tubuhmu
tepak bisanya
dihari perhitungan.

Hydro Majestic Hotel
Batu Feringhi,
Pulau Pinang.

Sunday, May 9, 2010

Dari Titik ke Titik Kutarik Satu Garis.

Kelmarin ketika seorang sahabat berbicara tentang penulisan kreatif, penulisan menggunakan ayat-ayat yang puitis, diri ini terkenangkan suatu ketika dahulu tidak pernah berminat untuk menulis, apatah lagi puisi-puisi atau muda-mudi zaman sekarang "jiwang ", " dalam hati ada taman " dan lain-lain lagi.

Sambil berbincang dan berbicara, diri ini teringatkan buku tulis yang dah kusam dan bersebam yang digunakan untuk belajar menulis, guru pertama yang di kenali ketika itu ( selain dari cikgu-cikgu kat sekolah dulu la ) adalah Cikgu Rahimin Zahari yang ketika itu diri ini mengikuti sebuah kursus anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, bersama 4 orang sahabat dari sebuah kumpulan teater ( KUBAS ) kami mewakili negeri Kedah... ( huuh panjang lak intro )

Berbalik kepada cerita asal..
puisi pertama yang di bedah oleh cikgu Rahimidin bertajuk "Di Kenyit Mata"..

Saturday, March 6, 2010

Aku Menangis Kamu Menangis..

Sesekali jadilah kawan yang mendengar

dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati

dan perasaan kawan.

Kerana dia juga seorang manusia.

dia juga ada rasa takut,

Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan

dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,

tapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu,

mungkin banyak cerita sedih

yang ingin diluahkan.

Di sebalik ketenangannya,

mungkin tersimpan

seribu kekalutan.

Kita tidak tahu....tetapi

jika kita cuba

Jadi sahabat seperti dia

mungkin kita akan tahu.


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.



Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang

telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna

sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh

menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi iamengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang

ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya

memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara

yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.



Saturday, February 27, 2010

Kemaafan Itu Aku Harapkan darimu.....

Sahabat......

Hanya keampunan dan kemaafan yang diri ini hanya layak untuk ku mohon darimu, aku sedari segalanya bermula dariku yang hanya membuta-tuli membabi-buta dalam perbuatan..

mungkin bagimu aku tidak layak menerima kemaafan darimu...ku akui bahawa kemaafan itu adalah dendam..dendam yang terindah...namun segalanya aku serahkan padamu..

Allah berkata, “.. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur:22)

Allah berkata lagi, “Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran:133-134)

“Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.”