Saturday, March 6, 2010

Aku Menangis Kamu Menangis..

Sesekali jadilah kawan yang mendengar

dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati

dan perasaan kawan.

Kerana dia juga seorang manusia.

dia juga ada rasa takut,

Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan

dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,

tapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu,

mungkin banyak cerita sedih

yang ingin diluahkan.

Di sebalik ketenangannya,

mungkin tersimpan

seribu kekalutan.

Kita tidak tahu....tetapi

jika kita cuba

Jadi sahabat seperti dia

mungkin kita akan tahu.


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.



Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang

telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna

sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh

menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi iamengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang

ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya

memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara

yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.